Tips Pemilihan Pakaian Kanak-kanak Lelaki Dan Perempuan

Tips pemilihan pakaian kanak-kanak lelaki dan perempuan tidak begitu rumit berbanding bayi. Ini kerana kulit bayi begitu sensitif dan seeloknya fabrik jenis kapas digunakan berdasarkan kualiti materialnya. Untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan, antara tips yang oleh diikuti ialah:

#1 – Pilihan Warna Yang Cerah

Bagi kanak-kanak, warna yang paling sesuai ialah warna cerah dan ringkas coraknya. Ia akan memperlihatkan kesan yang lebih baik, selesa dan tampak lebih bersih untuk dipakai sepanjang hari. Sekiranya memilih baju bercorak-corak, pastikan corak tersebut tidak melebihi dari 3 warna.

#2 – Pakaian Dari Fabrik Kapas

Sama seperti pemilihan baju bayi, pakaian dari fabrik kapas adalah paling terbaik untuk dipakai oleh kanak-kanak. Meskipun mereka bukan lagi bayi, mereka juga memerlukan keselesaan dan bebas dari rasa gatal-gatal badan kesan daripada fabrik yang tidak sesuai.

#3 – Pemilihan Warna Pakaian Berdasarkan Jantina

Pilihan warna yang sesuai dengan jantina anak-anak juga penting untuk menyerlahkan keperibadian mereka. Umumnya mungkin menggunakan baju T bersama denim yang majority berwarna biru atau warna gelap untuk anak lelaki. Manakala untuk anak perempuan, biasanya warna yang sering mendapat tempat ialah warna merah jambu atau warna cerah berbanding pakaian laki-laki.

#4 – Pakaian Kanak-kanak Yang Sesuai Dengan Iklim Malaysia

Sudah pasti tips ini 100% tepat kerana dengan iklim Malaysia sekarang, pemakaian jaket kulit atau jaket sejuk dengan ropol-ropol yang mengganggu amat tidak sesuai. Meskipun ia kelihatan lebih bergaya untuk kanak-kanak, keselesaan mereka juga harus diambil kira.

#5 – Pakaian Kanak-kanak Dipilih Berdasarkan Umur Mereka

Untuk tips yang seterusnya, ibu bapa perlu mengelakkan daripada terlalu mengikut fesyen sehinggakan baju kanak-kanak yang dipilih itu tidak mengikut kesesuaian umur mereka. Adalah lebih baik jika pakaian yang dipilih itu seiring dengan umur mereka supaya tampak lebih kemas dan selesa.

#6 – Elakkan Dari Mengenakan Kombinasi Warna Yang Pelik

Tidak dinafikan bahawa ada di antara ibu bapa yang sekadar memberikan pakaian kepada anak tanpa menilai samada kombinasi warna itu sesuai ataupun tidak. Boleh jadi ia merupakan fesyen yang pelik jika tidak diteliti dengan baik. Maka, perlu ada sedikit perancangan berkenaan pemilihan fesyen dan kombinasi warna yang sesuai untuk anak-anak.

Jom dapatkan KOLEKSI BAJU RAYA 2021 Wardrobe Ummi Kids sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *