“Sissss, baju dah sampai tapi tak muat untuk anak pakai huaaa”
“Dah ukur hari tu, tapi kenapa besar sangat baju ni untuk anak ekk”
“Ni yang malas beli online, mesti tak ngam bila pakai, nyampahh”
.
.
Haaa ramai mommies mengeluh camtukan 

walaupon kita dah bagi ukuran . 




.
.
Ok mommies, meh kami nak share cara mengambil ukuran badan anak supaya baju yang sampai nanti cantik dan ngam-ngam smart jer bila anak sarung.
Pastikan baca dan cuba fahami setiap step tauu
1. UKURAN LABUH BAJU.
Ukur dari bahagian atas bahu berdekatan dengan pangkal leher,dan kemudian turun ke bawah pada aras ibu jari.
.
2. UKURAN LEBAR BAHU
Ukur dari hujung bahu di sebelah kiri hingga ke hujung bahu di sebelah kanan. Ukuran ini hendaklah dilebihkan sedikit.
.
3. LABUH LENGAN.
Letakkan ibu jari di atas bahu kanan hadapan dan teruskan mengukur hingga ke labuh lengan yang dikehendaki.
.
4. UKURAN KELILING DADA.
Ukur keliling dada pada bahagian yang paling besar. Selitkan dua jari anda antara badan dan pita ukur. Pita ukur hendaklah betul-betul melalui bawah pangkal lengan dan tidak ke bawah tulang belikat.
.
5. UKURAN KELILING PINGGANG.
Ukur di bahagian keliling pinggang yang ramping sekali sambil menyelitkan dua atau tiga jari anda antara pita ukur dan pinggang pelanggan.
.
Kalau mommies perasan, semasa mengukur jari diselitkan sekali sebelum bacaan diambil. KENALA? Supaya baju tu nanti bukan ngam2 ketat pada badan tetapi longgar selesa dan BUKAN gedebeh atau terlebih besar.
InsyaAllah lepas ni, takkan ada masalah lagi dengan baju yang diterima dan mommies akan menyengeh hingga ke telinga sebab berpuas hati dengan setiap baju yang di order walaupon melalui online 

.
Take note tauu. Save tips nie ye.. 

Jom shopping kids produk di wardrobeummi.com/wardrobe-ummi-kids