Baju putih sekolah kebiasaannya akan cepat kotor dan menjadi kuning apabila kerap dibasuh. Lebih-lebih lagi jika anda menggunakan sabun peluntur untuk menghilang kotoran. Sebagai alternatif, ada ibu-ibu menggunakan pewarna nila untuk mengembalikan warna tersebut namun lama kelamaan baju bertukar ‘lebam’.
Berikut Tips dari Puan Leena mengenai cara terbaik membasuh baju putih sekolah. Yang best nyer tak perlu guna jenama sabun mahal pun!
Guna Sabun Lux Rose
Sudah lama saya R&D dengan pelbagai formula & brand sabun baju untuk jadikan baju sentiasa putih. Tapi tidak pernah menjadi.
Guna clorok, baju akan jadi kuning. Guna nila, baju akan jadi lebam. Guna vanish, kos tinggi. So….. Saya tanya sepupu saya Siti Atirah Sharifuddin yang bekerja sebagai nurse. Apa rahsia nurse² menjaga uniform untuk sentiasa putih?
Nahhhhhh…. Nin diaaaa cara² nya. Anda boleh cuba untuk uniform anak² sekolah nanti.
Parut sabun dan rendam bersama baju selama 1 malam
Tak perlu sental
“Saya suka guna sabun Lux – Rose. Sebab bila baju dah kering, bau ros masih ada. Kerja lebih sikit untuk memarut sabun ketul tu tapi tak mengapa lah, saya tidak sibuk mana pun untuk menjadikan itu satu alasan.
Rendam baju² putih dengan sabun lux yang diparut selama 1 malam. Saya tambahkan sikit sahaja sabun baju biasa… Esoknya, terus on mesin basuh. Tidak perlu sental…”
Sumber : Facebook Puan Leena Hassan