Berikut tips penjagaan Kain Pasang (Fabric Cotton) untuk mengelakkan warna fabrik menjadi cepat pudar, rosak dan turun color.
- Sebelum hantar ke tukang jahit untuk tempahan atau sebeulm buat potongan/jahitan, anda disarankan agar membuat basuhan pertama ke atas fabrik terlebih dahulu. Ini kerana fabrik cotton anda akan ‘mengecut’ (shrink) sedikit selepas basuhan awal. Untuk mengelakkan ukuran baju kita tak sama anda adalah digalakkan berbuat demikian or kadang2 ‘pembasuhan’ dilakukan oleh pihak tailor.
- Bagi cotton satin/silk, digalakkan ‘dryclean’ utk pembasuhan pertama setelah ditempah, kain tidak perlu basuhan pertama. Kemudian boleh diteruskan dgn basuhan seperti biasa. Ini utk mengelakkan penurunan color kain. Jika melakukan pembasuhan secara normal, kemungkinan penurunan color akan berlaku hanya pada pembasuhan pertama.
- Elak menggunakan ‘bleach’ atau ‘chemical’ lain selain daripada detergent anda. Pelembut fabrik (softener) mungkin juga akan mengurangkan pernafasan fabrik cotton anda.
- Anda boleh basuh fabrik dengan tangan atau dengan washing machine dengan air sejuk atau suam. Kalau boleh basuh berasingan dengan fabrik warna yang lain. (jika nak kekalkan warnanya).
- Bila menjemur elakkan dari jemur di bawah sinaran matahari yang terik. Kalau guna ‘dryer’, jangan terlalu lama dan sebaik-baiknya lipat atau gantung kain lepas guna ‘dryer’. Jangan campak dalam bakul selepas guna ‘dryer’ dan biar terlalu lama, nanti ia mudah berkedut.
- Sebaiknya terbalikkan baju (inside-out) sebelum basuh dalam washing machine.
- Untuk basuhan pertama boleh juga gunakan sodium silicate untuk mematikan warna (boleh dibeli di kedai stationery yg menjual alat-alat melukis). Hanya rendam sebentar and then bilas seperti biasa.
- Kebiasan basuhan pertama hanya dengan mecelup kain dengan air paip sseketika dan terus jemur.