Tips Penjagaan Kain Pasang (Cotton)

CARA BASUHAN
  1. Gunakan sabun pencuci yang lembut
  2. Basuhan tangan adalah yg terbaik dan digalakkan
  3. Dilarang menggunakan pelembut fabric (softlan) bagi mengelakkan fabrik menjadi pudar warna serta sukar untuk digosok
  4. Elakkan guna bahan peluntur  kerana ia melemahkan fiber fabrik.
  5. Semasa membasuh, sebaiknya tidak dicampur dengan pakaian lain.
  6. Tetapkan iron anda kepada Medium untuk menggosok baju
  7. Cotton akan mengalami sedikit kecutan. Untuk mengatasinya,
    semasa iron baju, sembur dengan air yang banyak atau gunakan steam iron
CARA JEMURAN
  1. Elakkan menjemur pakaian dibawah cahaya matahari secara terus.
  2. Sebaiknya pakaian digantung bagi mengelakkan kurang kedutan
  3. Jika anda menggunakan mesin pengering (tumble dryer), elakkan daripada membiarkan kain Cotton kering sepenuhnya. Sebaliknya, keluarkan ia sementara masih lembab dan jemur supaya ia kering secara semulajadi.
INFO PENTING

Sebelum dihantar ke ‘tailor’ untuk tempahan anda dinasihatkan membuat basuhan pertama ke atas fabrik / kain cotton terlebih dahulu. Ini kerana fabrik cotton anda akan ‘mengecut’ (shrink) sedikit selepas basuhan awal. Untuk mengelakkan ukuran baju kita tak sama anda adalah digalakkan berbuat demikian. Tidak kira apa jenis cotton ye 🙂.

Lepas nie boleh cuba amalkan. Insha allah kain cotton kita akan lebih tahan lama dan kekal cantik 🙂.


Dapatkan kain cotton kami dengan melayari web www.wardrobeummi.com atau Facebook kami Kain Cotton by Wardrobe Ummi

Tagged , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *