Mengenali Jenis-Jenis Kain Cotton

COTTON

Kain yang asalnya daripada serat kapas. Kapas membolehkan kulit untuk bernafas dengan baik. Oleh itu ia merupakan jenis fabrik yang amat sesuai untuk dipakai dengan iklim cuaca panas dan lembab seperti di Malaysia ini. Banyak dijadikan bahan untuk membuat blouse, jubah, selimut dan sebagainya. Ia juga senang untuk dicuci.

Antara ciri – ciri lainnya
⦁    Selesa, nyaman dan mudah menyerap keringat saat digunakan
⦁    Kain terasa dingin di kulit dan sedikit kaku
⦁    Kain akan rosak apabila direndam lebih dari 2 jam.
⦁    Kotoran dari makanan dan minyak akan mudah hilang dengan menggunakan detergent.
⦁    Boleh dicuci atau di dry clean
⦁    Tidak mudah kusut saat dicuci tangan serta tidak di basuh dengan pelembut fabric kecuali pelembut fabric ANTI KEDUT.
⦁     Apabila dibakar baunya seperti kertas terbakar, hasil pembakarannya akan menjadi abu dan jalannya api lambat. 

Ada pelbagai jenis kain cotton. Berikut adalah sebahagian jenis kain cotton yang popular dalam pembuatan pakaian.

a. Cotton Jepun (Japanese Cotton)

Kain cotton yang paling eksklusif kerana sifatnya yang halus, ringan dan berkualiti. Sekilas pandang sama seperti cotton biasa, tetapi jika diperhatikan secara teliti ia mempunyai ciri khusus seperti

⦁    Dibahagian hujung/kaki kain terdapat tulisan “japan design” dan atau terdapat kod warna pada kain tersebut.
⦁    Daya menyerap keringat lebih bagus.
⦁    Harga lebih mahal daripada kain cotton lain di pasaran.
⦁   Permukaan kain lebih halus.
⦁    Warna lebih awet dan tahan lama.
⦁    Sering digunakan untuk blouse wanita, gaun, jubah, telekung dan sebagainya

b. Cotton Korea

Antara Kain cotton yang eksklusif kerana sifatnya yang halus, rberat dan berkualiti. Sekilas pandang sama seperti cotton biasa, tetapi jika diperhatikan secara teliti ia mempunyai ciri khusus seperti

⦁    Dibagian sisi hujung bahan terdapat tulisan “100% Korea Cotton” dan atau terdapat kod warna pada kain tersebut.
⦁    Daya menyerap keringat lebih bagus.
⦁    Harga lebih mahal daripada kain cotton lain di pasaran.
⦁    Berkilat sedikit. Signature design adalah bunga besar serta abstract.
⦁    Warna lebih awet dan tahan lama.
⦁    Sering digunakan untuk baju kurung,blouse wanita, gaun, jubah dan sebagainya

c. Cotton Paris

Mempunyai ciri-ciri yang sama seperti cotton Jepun tetapi cotton Paris lebih nipis. Ia biasa digunakan untuk blouse wanita, tudung dan jubah. Ianya kedua popular selepas Cotton Jepun. Namun ia paling ringan dan mudah menggerbang apabila ditiup angin.

d. Cotton Silk

Cotton jenis ini ada 2 jenis iaitu yang nipis dan tebal. Ciri-ciri kain cotton ini adalah:
⦁    Permukaan kain lebih mengkilap.
⦁    Harga sedikit lebih mahal dari cotton biasa, namun tidak semahal cotton Jepun
⦁    Daya serap keringat paling rendah.
⦁    Warna kilapnya tahan lama meskipun sering dicuci.

e. Cotton denim

Kain cotton ini sama seperti cotton lainnya cuma permukaannya nampak serat jalinan benang. Kain ini sederhana lembut.
⦁    Harga agak exclusive
⦁    Daya serap keringat yang baik
⦁    Sesuai utk di buat baju, palazzo, jubah dan lain2 bg denim cotton sederhana lembutt.

f. Cotton Dubai

⦁    Motifnya macam-macam : polos, garis, kotak, bunga atau abstrak.
⦁   Terasa lembut dan dingin di kulit 
⦁    Bahannya berat dan jatuh, tidak kaku dan warnanya mengkilat
⦁    Menyerap keringat
⦁    Warnanya tahan lama meskipun masih dibawah cotton Jepun

g. Cotton Viscose

⦁    Motifnya macam-macam : polos, garis, kotak, bunga atau abstrak.
⦁   Terasa lembut dan dingin di kulit 
⦁    Bahannya jatuh, tidak kaku dan warnanya mengkilat
⦁    Menyerap keringat, Kecut pada basuhan pertama. WAJIB basuh sebelum dijahit.
⦁    Warnanya tahan lama meskipun masih dibawah cotton Jepun

h. Cotton biasa

⦁    Motifnya macam-macam : polos, garis, kotak, bunga atau abstrak.
⦁    Harga lebih murah.
⦁    Daya serap keringat sederhana bagus.
⦁    Warnanya tahan lama meskipun masih dibawah cotton Jepun

Dapatkan kain cotton kami dengan melayari web www.wardrobeummi.com atau Facebook kami Kain Cotton by Wardrobe Ummi.

Tagged , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *